|
|
|
Lembaga Ginseng Wisconsin Memulakan Debut di Fi Asia Thailand 2025, Memperluas Jejak dalam Pasaran Makanan & Minuman Asia Tenggara
| 发布日期:2025-09-22 |
Dari 17 – 19 haribulan September 2025, Fi Asia Thailand, sebuah pameran makanan dan minuman antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara, telah diadakan di Pusat Konvensyen Nasional Ratu Sirikit (QSNCC) di Bangkok, Thailand. Acara ini dikunjungi oleh lebih daripada 23,000 pengunjung dan 750 pempamer dari 70 lebih negara. Ini telah menjadi platform penting untuk Ginseng Board of Wisconsin (GBW) untuk memperluaskan kehadiran mereka di rantau Asia Tenggara. GBW membuat penampilan sulungnya di pameran tersebut dengan gerai khusus, menandakan permulaan penembusan pasaran strategiknya di Asia Tenggara.

Sepanjang acara ini, gerai GBW bertemakan "Feel Healthy, Live Boldly” - Rasa Sihat, Hidup Berani, menampilkan kaunter hadapan yang direka rapi, dinding latar belakang, dan kawasan pameran sisi yang mempamerkan pelbagai produk ginseng seperti teh ginseng, sup, dan jeli. Sampel percuma diedarkan kepada pengunjung. Kakitangan gerai memberikan penerangan perinci mengenai komposisi, manfaat, dan perbezaan antara ginseng Wisconsin dengan varieti lain seperti ginseng merah Korea dan ginseng China, Penerangan tersebut meningkatkan pengiktirafan jenama dan imej professional secara berkesan.

Antara detik penting, Duta Besar Amerika Syarikat ke Bangkok, Robert F. Godec, telah melawat gerai GBW semasa majlis pembukaan Pavilion Amerika Syarikat. Delegasi yang diketuai oleh Lertchai Lertvut, Timbalan Setiausaha Agung FDA Thailand dan Ketua Pengarah Jabatan Pemeriksaan Import-Eksport, turut hadir untuk membincangkan status ginseng Wisconsin sebagai bahan makanan import, serta memberikan panduan penting berkaitan pematuhan jenama di pasaran Asia Tenggara.

Sepanjang tiga hari pameran, gerai GBW telah menarik ratusan pengunjung perdagangan termasuk pengimport, pengeluar OEM/ODM, pemilik jenama, dan pengedar. Pertanyaan yang diterima meliputi pelbagai produk seperti serbuk ginseng, hirisan, akar, dan kapsul, dengan aplikasi yang meluas dalam makanan, suplemen kesihatan, serta produk penjagaan diri. GBW juga aktif mengumpul maklumat mengenai trend industri dan maklum balas pasaran, serta bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi untuk meningkatkan keterlihatan dan daya saing ginseng Wisconsin di pasaran ASEAN.
Penyertaan ini bukan sahaja memperkenalkan ginseng Wisconsin kepada industri makanan dan minuman Asia Tenggara, tetapi juga membina jambatan kerjasama jangka panjang dengan perniagaan serantau. Pada masa akan datang, GBW akan memanfaatkan maklumat yang dikumpul di pameran untuk mengoptimumkan penawaran produk dan strategi saluran, seterusnya memperkukuh kerjasama di Asia Tenggara dan mendorong pencapaian pasaran yang lebih besar untuk ginseng Wisconsin di rantau ini.

